DEFINISI NOTA
- nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
- nota juga menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta yang telah dipelajari
- nota menjadi bahan paling penting untuk menghadapi peperiksaan kerana ia ringkas dan juga mudah difahami.
- mencatat nota adalah suatu seni
MENGAPA PENTING MENGAMBIL NOTA
- pemikiran kita akan berkembang dan sel-sel neuron berhubung antara satu sama lain semasa membuat nota malahan ia juga dapat meningkatkan daya pemikiran seseorang
- membantu pelajar mengimbas kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang dibaca
- nota juga merupakan satu rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa
- membuat nota merupakan salah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan pembelajaran
- pelajar tidak perlu mengingati kesemua yang dipelajari
- membantu pelajar membuat ulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan
UNTUK MENDAPATKAN NOTA YANG EFEKTIF
- mengenalpasti idea utama
- memilih maklumat yang sesuai untuk ditulis
- menggunakan kaedah yang sesuai seperti outline note atau column note
- menggunakan cara menulis nota berbentuk grafik
- menggunakan perkataan yang mudah difahami
- mencatat sumber maklumat yang diperolehi
ASPEK PENTING KETIKA MENGAMBIL NOTA
- membuat persediaan sendiri
- mendengar
- fokus
- meminta penerangan jika terdapat kekeliruan
TEKNIK MEMBUAT NOTA
- membuat persediaan yang lengkap seperti pen, pensel, kertas dan buku
- tuliskan topik nota yang dikehendaki
- kenal pasti kata kunci. menggunakan formula :
(4W+H)(What-apa* Why-kenapa*When-bila*Where-dimana) How-bagaimana
- catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi , keterangan dan penjelasan
- lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuai semasa menulis nota ringkas malahan pelajar juga boleh menggunakan bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah venn
- perkataan atau frasa yang penting
- gunakan singkatan seperti dgn-dengan, spt-seperti, U.K-United Kingdom
•CIRI-CIRI NOTA YANG BAIK
•terdiri daripada isi-isi penting
(utama)
•nota biarlah terang, kemas dan
mudah dibaca
•nota dotulis dalam buku catatan
yang khas untuk sesuatu mata pelajaran
•catatkan isi-isi penting sahaja
dengan menggunakan ayat sendiri
•gunakan dalam bentuk point dan
elakkan menyalin ayat-ayat panjang
•kalau perlu gunakan singkatan dalam
menulis nota anda
•gunakan pen pelbagai warna untuk
menarik perhatian mata dan minda anda, seterusnya membawa kepada penumpuan
ketika membaca
RUJUKAN
- buku peta minda ( langkah demi langkah Tonny Windura) 2008
- Posthttp://mindamubin.blogspot.com/2010/03/kemahiran-membuat nota.htmled by Minda Mubin
- http://ubksmksj2.tripod.com/buat_nota.htm
- http://ed227.blogspot.com/2006/12/kemahiran-mengambil-nota.html
- http:// petaminda.blogspot.com/2007/11/cara-mengambil-dan-membuat -nota.html
No comments:
Post a Comment