PENGURUSAN GRAFIK
-Definisi -( Bentuk-bentuk ilustrasi atau lakaran yang
digunakan bagi membantu kita memberi fokus kepada apa yang sedang kita fikirkan )
-Pengurusan grafik merupakan salah satu bentuk lakaran ata
ilustrasi yang dapat membantu mengurus cara berfikir seseorang ke arah yang
lebih tersusun dan mantap.Pengurusan grafik ialah satu pendekatan yang
memuatkan keseluruhan ruang maklumat dalam satu lembaran kertas.Pengurusan
grafik menyediakan visual, gambar yang holistik mengenai fakta dan konsep serta
perkaitan keduanya.Ia juga dkenali dengan peta kognitif.
-Tujuan Penggunaan Pengurusan Grafik ialah :
-)pengurusan grafik dapat membantu pengajaran dan pembelajaran
kepada kaedah yang lebih berkesan.
-)dapat membantu merancang dan menyusun idea pelajar yang
ingin membuat persembahan sesuatu projek secara berkumpulan.
-)dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang.
Penggunaan pengurusan grafik secara terancang dan bertepatan dengan
objektifpengajaran dapat memaksimumkan kemahiran komunikasi guru dan pelajar.
-)dapat mengenal pasti proses pemikiran kendiri seseorang.
-)boleh dijadikan alat bahan bantu mengajar.
-)hasilnya
lebih berstruktur dan senang difahami.
-)merancang
dan menyusun idea secara teratur dan jelas.
-)mengawal
dan memahami proses pemikiran sendiri.
-)menterjemahkan idea dalam bentuk nyata.
-Contoh pengurusan grafik :
•Peta minda
•Peta konse
•Gambar rajah
Venn
•Carta aliran
•Tangga
hierarki
•Pohon
fikiran
PETA MINDA
-Tony Buzan (1984)
telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan
sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas.
-Carol et al (2000)
pula mengatakan bahawa peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang
dapat mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu pelajar memahami objektif dan
konsep dengan jelas.
-definisi : Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.
•Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat
•Peranan penting dalam peta minda ialah :
merangka, mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan.
-kebaikan : •Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan
•Tingkatkan daya ingatan
•Idea
lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan
•Hubungan idea dalam peta minda mudah dikenal pasti kerana dilengkapkan dengan simbol, rajah, bongkah dan
warna menarik
•Sangat
penting semasa membuat ulangkaji pelajaran
atau bahan bacaan- ia ringkas, memberi makna yang nyata dan tersirat.
kegunaan : •Menyampaikan persembahan
•Mengambil nota semasa ceramah, kuliah
•Daya ingatan meningkat 50%
•Membuat perancangan-dalam pembelajaran,
pengajaran, membaca buku , kuliah, mesyuarat dll .
contoh jenis peta minda :
1. peta
minda jenis cabang
2. peta minda jenis carta alir
SOALAN-PENYOALAN
-Bloom (1979) telah
mengemukakan satu taksonomi kemahiran kognitif yang terdiri daripada enam
hierarki soalan yang menggalakkan pelajar berfikir seperti pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
-Jenis dan bentuk soalan
-Soalan yang
berdasarkan kata tanya (1 husband and 4 wives)
- Soalan bertumpu
(konvergen)
-Soalan bercapah
(divergen)
-Lingkaran soalan
I-Think
-definisi : •Program i-THINK ialah adalah bertujuan
untuk melahirkan modal insan masa depan
yang mempunyai pemikiran kreatif , kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
•Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
>Peta Pemikiran
-Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam
8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami
merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun
Peta I Think
Peta I Think
1. peta buih
2. peta buih berganda
3. peta bulatan
4. peta pokok
5. peta alir
6. peta alir berganda
7. peta titi ( bridge map)
8. peta dakap
No comments:
Post a Comment