Sunday, 18 September 2016

ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

PENGURUSAN GRAFIK
-Definisi -( Bentuk-bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan bagi membantu kita memberi fokus kepada apa yang sedang kita fikirkan )
-Pengurusan grafik merupakan salah satu bentuk lakaran ata ilustrasi yang dapat membantu mengurus cara berfikir seseorang ke arah yang lebih tersusun dan mantap.Pengurusan grafik ialah satu pendekatan yang memuatkan keseluruhan ruang maklumat dalam satu lembaran kertas.Pengurusan grafik menyediakan visual, gambar yang holistik mengenai fakta dan konsep serta perkaitan keduanya.Ia juga dkenali dengan peta kognitif.
-Tujuan Penggunaan Pengurusan Grafik ialah :
-)pengurusan grafik dapat membantu pengajaran dan pembelajaran kepada kaedah yang lebih berkesan.
-)dapat membantu merancang dan menyusun idea pelajar yang ingin membuat persembahan sesuatu      projek secara berkumpulan.
-)dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang. Penggunaan pengurusan grafik secara  terancang dan bertepatan dengan objektifpengajaran dapat memaksimumkan kemahiran komunikasi  guru dan pelajar.
-)dapat mengenal pasti proses pemikiran kendiri seseorang.
-)boleh dijadikan alat bahan bantu mengajar.
-)supaya pemikiran kita lebih terarah, tersusun, dan terancang.
-)hasilnya lebih berstruktur dan senang difahami.
-)merancang dan menyusun idea secara teratur dan jelas.
-)mengawal dan memahami proses pemikiran sendiri.
-)menterjemahkan idea dalam bentuk nyata.
         •Peta minda
         •Peta konse
         •Gambar rajah Venn
         •Carta aliran
         •Tangga hierarki
         •Pohon fikiran

PETA MINDA
   -Tony Buzan (1984) telah memperkenalkan peta minda dan berpendapat peta minda sangat berkesan sebagai suatu alat untuk mencatat nota ringkas.
   -Carol et al (2000) pula mengatakan bahawa peta minda merupakan suatu alat kemahiran berfikir yang dapat mengorgaisasi maklumat, berupaya membantu pelajar memahami objektif dan konsep dengan jelas.
   -definisi : Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.
           •Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat
           •Peranan penting dalam peta minda ialah :
           merangka, mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan.
   -kebaikan : •Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan
                    •Tingkatkan daya ingatan
                    •Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan
                    •Hubungan idea dalam peta minda mudah dikenal pasti kerana  dilengkapkan dengan                            simbol, rajah, bongkah dan warna menarik
                    •Sangat penting semasa membuat ulangkaji pelajaran  atau bahan bacaan- ia ringkas,                            memberi makna yang nyata dan tersirat.
kegunaan : •Menyampaikan persembahan
                 •Mengambil nota semasa ceramah, kuliah
                  •Daya ingatan meningkat 50%
                   •Membuat perancangan-dalam pembelajaran, pengajaran, membaca buku , kuliah,                  mesyuarat dll .
contoh jenis peta minda :  
                 1. peta minda jenis cabang
                 2. peta minda jenis carta alir

SOALAN-PENYOALAN
  -Bloom (1979) telah mengemukakan satu taksonomi kemahiran kognitif yang terdiri daripada enam hierarki soalan yang menggalakkan pelajar berfikir seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
  -Jenis dan bentuk soalan
  -Soalan yang berdasarkan kata tanya (1 husband and 4 wives)
  - Soalan bertumpu (konvergen)
  -Soalan bercapah (divergen)


  -Lingkaran soalan

I-Think
-definisi : •Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif , kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.
               •Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK                  
                  >Peta Pemikiran
                    -Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta                                    pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia                      boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun




                                                              Peta I Think

 Peta I Think
1. peta buih
2. peta buih berganda
3. peta bulatan
4. peta pokok
5. peta alir
6. peta alir berganda
7. peta titi ( bridge map)
8. peta dakap

ALAT-ALAT CORT 1

ALAT-ALAT CORT 1



Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keptusan atau untuk menyelesaikan masalah. Alat-alat tersebut ialah:


1. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Intereting (PMI)]


B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.


B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.

M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea.


Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.


2. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)]


Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan, keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyebaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan dan penting sahaja.


3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)]


Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta, mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan. Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.


4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]


Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia hobi kita atau kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk mencapainya. 


5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]


Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian yang lain kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.


6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices (APD)]


Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan. Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.


7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]


Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.

RUJUKAN

http://gurukreatifmuridaktif.blogspot.my/2011/05/cognitive-research-trust-1-cort-1.html


ALAT-ALAT CORT IV

ALAT-ALAT CORT IV
-input rawak
-mengasingkan kelemahan
-mentakrifkan masalah
-penilaian
-menentukan keperluan
-kombinasi
-idea dominan
-mencabar konsep

RUJUKAN

http://naadyaaa.blogspot.my/2013/10/alat-alat-berfikir.html





Saturday, 3 September 2016

CARA-CARA MEMBUAT NOTA

Cara-cara membuat nota



1. Annotation
  
   Annotation ni adalah catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas. mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem, Penjelasan ni mestilah mempunyai maklumat biblografi lengkap. Annotation ni juga boleh dibuat dengan menggariskan fakta, menandakan isi penting, menggunakan highlight, dan boleh juga menggunakan pelekat.








2. Outline Notes


Maksud outline notes ni ialah frasa dan kata kunci.

Juga boleh dilakukan dengan menggunakan tajuk besar dan kecil serta indentation.











3. Column Notes

  Adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ni lebih sesuai bagi  subjek Sains dan Matematik.








4. Nota rumusan


  Nota rumusan ni bermaksud nota yang mempunyai semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. Rumusan ini lebih fokuskan kepada isi penting.












Rujukan

Buku Kemahairan Belajar yang ditulis oleh Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon, Aliza Adnan.
http://funeducation14.blogspot.my/2014/09/kemahiran-belajar.html

KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA




KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

DEFINISI NOTA
  • nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  • nota juga menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta yang telah dipelajari
  • nota menjadi bahan paling penting untuk menghadapi peperiksaan kerana ia ringkas dan juga mudah difahami.
  • mencatat nota adalah suatu seni
MENGAPA PENTING MENGAMBIL NOTA
  • pemikiran kita akan berkembang dan sel-sel neuron berhubung antara satu sama lain semasa membuat nota malahan ia juga dapat meningkatkan daya pemikiran seseorang
  • membantu pelajar mengimbas kembali apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang telah dipelajari atau apa-apa yang dibaca
  • nota juga merupakan satu rekod kekal yang boleh dirujuk pada bila-bila masa atau apabila terlupa
  • membuat nota merupakan salah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan pembelajaran
  • pelajar tidak perlu mengingati kesemua yang dipelajari
  • membantu pelajar membuat ulangkaji sebelum menghadapi peperiksaan
UNTUK MENDAPATKAN NOTA YANG EFEKTIF
  • mengenalpasti idea utama
  • memilih maklumat yang sesuai untuk ditulis
  • menggunakan kaedah yang sesuai seperti outline note atau column note
  • menggunakan cara menulis nota berbentuk grafik
  • menggunakan perkataan yang mudah difahami
  • mencatat sumber maklumat yang diperolehi
ASPEK PENTING KETIKA MENGAMBIL NOTA
  • membuat persediaan sendiri
  • mendengar
  • fokus
  • meminta penerangan jika terdapat kekeliruan
TEKNIK MEMBUAT NOTA
  • membuat persediaan yang lengkap seperti pen, pensel, kertas dan buku
  • tuliskan topik nota yang dikehendaki
  • kenal pasti kata kunci. menggunakan formula :
           (4W+H)(What-apa* Why-kenapa*When-bila*Where-dimana) How-bagaimana
  • catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi , keterangan dan penjelasan
  • lukiskan gambar rajah atau carta yang sesuai semasa menulis nota ringkas malahan pelajar juga boleh menggunakan bentuk nota seperti nota objektif, jadual, carta aliran dan gambar rajah venn
  • perkataan atau frasa yang penting
  • gunakan singkatan seperti dgn-dengan, spt-seperti, U.K-United Kingdom
CIRI-CIRI NOTA YANG BAIK

terdiri daripada isi-isi penting (utama)
nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca
nota dotulis dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran
catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri
gunakan dalam bentuk point dan elakkan menyalin ayat-ayat panjang
kalau perlu gunakan singkatan dalam menulis nota anda
gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda, seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca




RUJUKAN
  • buku peta minda ( langkah demi langkah Tonny Windura) 2008
  • Posthttp://mindamubin.blogspot.com/2010/03/kemahiran-membuat nota.htmled by Minda Mubin
  • http://ubksmksj2.tripod.com/buat_nota.htm
  • http://ed227.blogspot.com/2006/12/kemahiran-mengambil-nota.html
  • http:// petaminda.blogspot.com/2007/11/cara-mengambil-dan-membuat -nota.html